Jumaat, Ogos 20, 2010

Projek Biskut Raya 2010

Tahun ni dah tahun kelima buat projek biskut raya...
Terimakasih kepada Sal, Niera, Mira, Yati, Kak Gee, Bik Zainun dll.
Tengah bakar biskut

Biskut Crunchy Nut, biskut yang banyak order tahun ni

Biskut yang dah siap packing

Masuk dalam kotak sebelum hantar kepada pelanggan

Kursus Koko Malaysia

Mendalami ilmu membuat cokelat di Koko Malaysia.

Nama pun Koko Malaysia, mesti ada pokok koko kan...





Antara hasil tangan peserta-peserta kursus


Kepada sesiapa yang nak pegi kursus ni, ada exam baru dapat sijil...

Projek Coklat Gift Box

Gambar-gambar coklat gift box baru ni...






Selamat Pengantin Baru Amru & Nur Akmal, moga kekal ke anak cucu..

Khamis, Ogos 19, 2010

Pantai Kemasik

Beriadah di Pantai Kemasik bersama keluarga..

 Bendera Terengganu di Dataran Kemasik.


Abang dan Adik di tepi pantai


Jangan jeling Umi dik....

Kolam Ikan

Gambar kolam ikan tengah berbunga...



Selasa, Mei 18, 2010

Kelas Biskut Raya Sesi 2010

Musim biskut raya tak lama lagi, jadi kelas biskut hari raya untuk tahun 2010 akan diadakan bulan Jun ini di Kerteh...Sesiapa yang berminat silalah hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut...


Ni gambar sample biskut raya

Sabtu, April 10, 2010

Aktiviti Kaum Ibu di Kg Baru, Kerteh

Ibu-ibu Kg Baru Kerteh pakat-pakat membuat otak-otak Ganu kite...

















Ni dia otak-otak Ganu kite....

Sabtu, April 03, 2010

Majalah Rasa April 2009

Halaman Jom Masak dalam Majalah Rasa keluaran April 2009.



Jumaat, April 02, 2010

Harijadi Hilmi

Harijadi Muhammad Hilmi di Tadika Amal Didik...



Family Melaka

Gambar family di Melaka masa AidilAdha 2009...

Family Abang Wai

Family Kak Fadhilah

Familyku...adik tertinggal baju raya..

Khamis, April 01, 2010

Salad Buah-Buahan



Bahan-Bahan :

1 biji buah kiwi
1 biji epal merah
1 biji jambu batu
1 biji buah naga
200 gm nanas
200gm anggur hitam
200gm anggur hijau
150gm yogurt asli
1 sudu makan gula ising
100gm kismis hitam
10gm manik urai untuk hiasan

Cara memasak :

1. Potong kecil semua buah-buahan.

2. Campurkan yogurt bersama gula ising. Kacau rata.

3. Masukkan buah-buahan dan gaulkan rata.

4. Taburkan kismis dan manik urai di atasnya.

5. Akhir sekali, lebihan gula ising di atasnya dan hidangkan.

Wajik

   















Bahan-Bahan

500gm beras pulut
400gm gula merah
50gm gula pasir
450ml santan pekat
3 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
10gm coklat manik | utk hiasan


Cara Memasak :

1. Bersihkan dan rendam beras pulut selama 5 jam.Toskan.

2. Kukus beras pulut hingga masak.Ketepikan.

3. Satukan gula merah,gula pasir,santan pekat,daun pandan dan juga garam ke dalam kuali  besar.

4. Kacau rata dan biarkan mendidih.

5. Apabila mendidih dan berbuih,masukkan pulut dan kacau rata hingga sebati.

6. Kacau sentiasa sehingga pekat dan melekat.

7. Setelah masak,tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan.

8. Terapkan wajik dengan acuan berbentuk bunga.Hiaskan dengan coklat manik di atasnya.













Puding Caramel Buah-Buahan


 Bahan-Bahan

180gm santan
125gm susu pekat
300gm susu cair
30gm gula pasir
3 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
1 tin buah-buahan koktail
5 biji buah ceri utk hiasan

Bahan A

5 sudu makan gula pasir
2 sudu makan air

Cara Memasak :

1. Masak bahan A dan kacau hingga gula brtukar perang. Tuangkn ke dlm acuan.

2.Satukan telur,santan,susu pkat,susu cair serta esen vanilla. Kacau perlahan tetapi jangan sampai berbuih.

3. Tapis adunan ke dlm acuan berisi air(double boiler) bakar di dalam ketuhar hingga masak.

4. Setelah masak, hidangkan karamel bersama buah-buahan koktail dan ceri di atasnya.

Rabu, Mac 31, 2010

Ayah & Mak di Melaka



Masih mesra di usia emas....
Meraikan ulangtahun perkahwinan ke 53...
















Tengah memberi ilmu dari koleksi resipi... 

Garden

Gambar-gambar laman rumah...


















Lagi Gambar Ruang Tamu