Khamis, April 01, 2010

Wajik

   















Bahan-Bahan

500gm beras pulut
400gm gula merah
50gm gula pasir
450ml santan pekat
3 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
10gm coklat manik | utk hiasan


Cara Memasak :

1. Bersihkan dan rendam beras pulut selama 5 jam.Toskan.

2. Kukus beras pulut hingga masak.Ketepikan.

3. Satukan gula merah,gula pasir,santan pekat,daun pandan dan juga garam ke dalam kuali  besar.

4. Kacau rata dan biarkan mendidih.

5. Apabila mendidih dan berbuih,masukkan pulut dan kacau rata hingga sebati.

6. Kacau sentiasa sehingga pekat dan melekat.

7. Setelah masak,tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan.

8. Terapkan wajik dengan acuan berbentuk bunga.Hiaskan dengan coklat manik di atasnya.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan