Ni dia otak-otak Ganu kite....
Sabtu, April 10, 2010
Sabtu, April 03, 2010
Jumaat, April 02, 2010
Family Melaka
Gambar family di Melaka masa AidilAdha 2009...
Family Abang Wai
Family Kak Fadhilah
Familyku...adik tertinggal baju raya..
Khamis, April 01, 2010
Salad Buah-Buahan
Bahan-Bahan :
1 biji buah kiwi
1 biji epal merah
1 biji jambu batu
1 biji buah naga
200 gm nanas
200gm anggur hitam
200gm anggur hijau
150gm yogurt asli
1 sudu makan gula ising
100gm kismis hitam
10gm manik urai untuk hiasan
Cara memasak :
1. Potong kecil semua buah-buahan.
2. Campurkan yogurt bersama gula ising. Kacau rata.
3. Masukkan buah-buahan dan gaulkan rata.
4. Taburkan kismis dan manik urai di atasnya.
5. Akhir sekali, lebihan gula ising di atasnya dan hidangkan.
Wajik
Bahan-Bahan
500gm beras pulut
400gm gula merah
50gm gula pasir
450ml santan pekat
3 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
10gm coklat manik | utk hiasan
Cara Memasak :
1. Bersihkan dan rendam beras pulut selama 5 jam.Toskan.
2. Kukus beras pulut hingga masak.Ketepikan.
3. Satukan gula merah,gula pasir,santan pekat,daun pandan dan juga garam ke dalam kuali besar.
4. Kacau rata dan biarkan mendidih.
5. Apabila mendidih dan berbuih,masukkan pulut dan kacau rata hingga sebati.
6. Kacau sentiasa sehingga pekat dan melekat.
7. Setelah masak,tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan.
8. Terapkan wajik dengan acuan berbentuk bunga.Hiaskan dengan coklat manik di atasnya.
Puding Caramel Buah-Buahan
Bahan-Bahan
180gm santan
125gm susu pekat
300gm susu cair
30gm gula pasir
3 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
1 tin buah-buahan koktail
5 biji buah ceri utk hiasan
Bahan A
5 sudu makan gula pasir
2 sudu makan air
Cara Memasak :
1. Masak bahan A dan kacau hingga gula brtukar perang. Tuangkn ke dlm acuan.
2.Satukan telur,santan,susu pkat,susu cair serta esen vanilla. Kacau perlahan tetapi jangan sampai berbuih.
3. Tapis adunan ke dlm acuan berisi air(double boiler) bakar di dalam ketuhar hingga masak.
4. Setelah masak, hidangkan karamel bersama buah-buahan koktail dan ceri di atasnya.
Langgan:
Catatan (Atom)